Awam

Laporan Penyelidikan Farmasi

Laporan Penyelidikan Farmasi (Pharmacy Research Reports) ialah jurnal peer-reviewed yang diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia mengandungi artikel-artikel penyelidikan farmasi yang telah dijalankan di fasiliti-fasiliti KKM oleh pegawai-pegawai farmasi bersama pegawai-pegawai kesihatan yang lain. Penerbitan laporan ini merupakan salah satu usaha untuk mempertingkatkan perkongsian hasil penyelidikan dan pengetahuan.

Melayu

Garis Panduan Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam Edisi Ke- 3

Garis Panduan Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam Edisi Ke-3 ini lebih komprehensif dengan mempertimbangkan semua elemen yang berkaitan dengan pekhidmatan Farmasi Pesakit Dalam. Ianya menerangkan prosedur-prodesur kerja yang melibatkan pembekalan ubat kepada pesakit di wad/unit dengan lebih jelas dan komprehensif.

Melayu

Video Promosi Program Patient's Own Medication (POMs)

Anda dimasukkan ke wad? Jangan lupa bawa ubat anda bersama ke hospital. 

Bantu Kami Untuk Bantu Anda

Melayu

Persidangan Farmasi Onkologi (NOPC2.0)

Jabatan Farmasi, Institut Kanser Negara, akan menganjurkan Persidangan Farmasi Onkologi (NOPC2.0) pada 9-11 April 2019. Tema persidangan ini ialah 'An ounce of action is worth a pound of cure'. Borang pendaftaran dan maklumat yang berkaitan boleh diperoleh melalui pautan: https://goo.gl/forms/8eIQVZEpZky5RC722

Lokasi/tempat: 
Auditorium, Institut Kanser Negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tarikh aktiviti: 
Selasa, 9 April 2019 hingga Khamis, 11 April 2019

Gong Xi Fa Cai

Lokasi/tempat: 
PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KKM
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 1 Februari 2019 hingga Selasa, 19 Februari 2019

PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FI BAGI BAHAN PSIKOTROPIK

Pengumuman Berkaitan Pindaan Fi (Fee) bagi

1. Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan

1. Kebenaran Import/ Eksport Bagi Bahan Psikotropik, dan

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

PENGUMUMAN! PENETAPAN FI BARU BAGI KELULUSAN LEMBAGA IKLAN UBAT

Pengumuman berkaitan pindaan fi permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat 

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976 (Pindaan) 2018 iaitu:

8.       (3). Setiap permohonan untuk mendapatkan kelulusan iklan hendaklah disertakan dengan fi sebanyak tiga ratus ringgit

Halaman-halaman