Awam

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Pertama

DUNas dilaksanakan mengikut penggal. DUNas Penggal Pertama bertempoh selama lima tahun dari 2007 hingga 2011. Dasar ini adalah hasil daripada usaha kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta. Perundingan dengan bantuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui bengkel dan mesyuarat bersama semua pihak berkepentingan telah melahirkan dokumen dasar ini pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri Malaysia untuk dijadikan dasar rasmi farmaseutikal kebangsaan.

12th MPS Pharmacy Scientific Conference 2015

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang: http://www.mps.org.my/mpspsc2015

Lokasi/tempat: 
Taylor's University
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 13 November 2015 hingga Ahad, 15 November 2015

Borang Permohonan Pembatalan Lesen/Permit

Borang permohonan yang dilampirkan adalah terpakai untuk pemegang lesen/permit di bawah Akta Racun 1952 yang memohon untuk membatalkan lesen/permit.

Borang ini harus dikemukakan kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi negeri yang berkenaan dan lesen/permit asal perlu disertakan bersama dengan borang permohonan ini.

Melayu

Halaman-halaman