Risiko pembelian ubat melalui Internet

 

Risiko Penjualan Ubat Secara Dalam Talian

Penjualan ubat secara dalam talian mendedahkan pengguna yang tidak berhati-hati kepada beberapa bahaya dan risiko yang tidak diingini. Ini kerana pengguna sukar untuk menyemak kesahihan penjual serta tidak dapat meneliti ubat tersebut untuk menentukan statusnya sebelum membuat pembelian

Risiko dan bahaya yang mungkin dihadapi adalah seperti berikut:

  1. Mendapat ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak diketahui status keselamatan, kualiti ataupun keberkesannya;
  2. Mendapat ubat tiruan ataupun ubat kaunterfeit yang boleh membahayakan kesihatan;
  3. Mendapat produk kesihatan yang dicampur racun terkawal (sildenafil, sibutramine dan lain-lain);.
  4. Mendapat produk kesihatan yang dicemari unsur logam berat (merkuri, arsenik dan lain-lain) yang boleh merosakkan buah pinggang dan membawa maut;
  5. Mendapat kesan sampingan daripada ubat yang dibeli hasil konsultasi yang salah daripada penjual yang tidak bertauliah;
  6. Terbeli ubat yang salah yang tidak membantu masalah kesihatan yang dihadapi;.
  7. Terdedah kepada tuntutan iklan yang tidak sahih atau sengaja direka semata-mata untuk menarik perhatian pengguna; dan.
  8.  Menjadi mangsa penipuan dalam talian

Sentiasa berhati-hati dan ambil langkah sewajarnya sekiranya ingin membeli ubat secara dalam talian. Elakkan daripada menjadi mangsa penjual tidak bertanggungjawab yang hanya ingin mengambil keuntungan mudah daripada pengguna yang tidak berwaspada.

Sentiasa lindungi diri dan keluarga Anda.

Waspada! Penjualan Ubat Dalam Talian.