Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Panduan Pembelian Ubat "Online"
Berikut adalah panduan sekiranya perlu untuk membeli ubat dalam talian:
- DAPATKAN nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan.
- BELI ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja) dan ada hologram Farmatag.
- Semak pendaftaran ubat di www.npra.gov.my atau menggunakan aplikasi "NPRA Product Status" yang boleh didapati dari Google Play, App Store dan Huawei App Gallery dan semak ketulenan hologram dengan menggunakan aplikasi FarmaChecker.
- ELAKKAN membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara.
- PASTIKAN iklan ubat mempunyai nombor kelulusan KKLIU.
- JANGAN terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis iklan terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik dan peningkatan seksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain. Semak iklan yang telah diluluskan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan
NOTA:
Risiko pembelian ubat secara online dari sumber yang tidak sah mungkin anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicampur racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda.
Semakan produk yang diharamkan boleh dibuat di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/banned-product
- 64455 bacaan