Awam

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar "Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang"

1.         Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama ‘MAAJUN KUAT KHASIAT SAKIT PINGGANG’.

Amaran Penggunaan Produk Ubat Tradisional yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Orang awam dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk ubat tradisional berikut: 

Ulasan Laporan "Johnson & Johnson's Licence For Cosmetics Cancelled - 15 Batches Of Baby Powder Produced In 2007 Were Found To Be Sterilised By Ethylene Oxide, A Known Carcinogenic"

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah memetik laporan akhbar Mumbai Mirror bertarikh 28 April 2013 berkenaan produk bedak bayi keluaran syarikat Johnson & Johnson, India yang disteril menggunakan ethylene oxide iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan barah (karsinogen). Laporan dikeluarkan susulan kepada tindakan Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat Negara India yang telah membatalkan lesen syarikat Johnson & Johnson, India untuk mengilang produk kosmetik di tapak pengilangan Mulund di India.

Garis Panduan Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Untuk Anggota Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Edisi Kedua

Garis Panduan Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Untuk Anggota Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Edisi Kedua

Melayu

Garis Panduan Untuk Anggota Farmasi KKM Berurusan Dengan Wakil Syarikat Farmaseutikal Dan Pembekal Edisi Kedua

Garis Panduan Untuk Anggota Farmasi KKM Berurusan Dengan Wakil Syarikat Farmaseutikal Dan Pembekal Edisi Kedua (November 2012)

Melayu

Pertandingan Mencipta Tema Persidangan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Farmasi Kebangsaan Ke-8 2014

Bahagian Perkhidmatan Farmasi , KKM akan menganjurkan Persidangan  Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Farmasi Kebangsaan Ke-8 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun 2014. Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput warga farmasi KKM untuk menyertai pertandingan mencipta tema bagi persidangan tersebut. 

Lokasi/tempat: 
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Tarikh aktiviti: 
Khamis, 6 Jun 2013 hingga Rabu, 31 Julai 2013

Anugerah Antarabangsa Anti-counterfeit 2013, Paris, 28 Mei 2013

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk melindungi rakyat dari ancaman ubat-ubatan tiruan yang membahayakan kesihatan.  Usaha signifikan KKM memastikan ketulenan dan membanteras ubat-ubatan tiruan serta tidak berdaftar telah berjaya mendapat pengiktirafan dan memenangi anugerah antarabangsa  iaitu “Global Anti-Counterfeiting Award 2013” bagi kategori sektor awam.

5 kosmetik mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kementerian Kesihatan berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu betamethasone dan logam merkuri yang tidak dibenarkan dijual di Malaysia.

Antara produk tersebut ialah Cellnex Anti Sensitive Essence Treatment keluaran Europe Cosmeceutical Industries Sdn. Bhd. yang mengandungi betamethasone manakala Natural 99 Night Cream dan Natural 99 Day Cream masing-masing keluaran Auraqu Enterprise dikesan terdapat logam merkuri.

Malaysian Statistics on Medicines

Statistik Penggunaan Ubat di Malaysia atau Malaysian Statistics on Medicines (MSOM) adalah laporan penggunaan ubat-ubatan peringkat nasional yang diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Laporan ini mengandungi maklumat jumlah dan corak penggunaan ubat-ubatan negara secara keseluruhannya.

Melayu

Halaman-halaman