- Retroviral Disease (RVD) Pharmacy Services Protocol: Adult and Paediatric (Edisi Ketiga)
- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Anugerah Antarabangsa Anti-counterfeit 2013, Paris, 28 Mei 2013
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk melindungi rakyat dari ancaman ubat-ubatan tiruan yang membahayakan kesihatan. Usaha signifikan KKM memastikan ketulenan dan membanteras ubat-ubatan tiruan serta tidak berdaftar telah berjaya mendapat pengiktirafan dan memenangi anugerah antarabangsa iaitu “Global Anti-Counterfeiting Award 2013” bagi kategori sektor awam. Anugerah tersebut merupakan salah satu daripada 7 anugerah yang dianjurkan oleh pihak Global Anti-counterfeiting Group Network (GACG), sebuah badan anti-kaunterfit antarabangsa yang berpusat di London, UK. Upacara penganugerahan yang dianjurkan oleh Union des Fabricans telah berlangsung di Paris, Perancis pada 28 Mei 2013 sempena sambutan World Anti-Counterfeiting Day. Anugerah tersebut telah diterima oleh Dato’ Eisah bt. A. Rahman, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, yang mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia.
Anugerah berprestij ini merupakan satu penghormatan yang sangat bermakna buat Kementerian Kesihatan Malaysia, khususnya Perkhidmatan Farmasi yang menerajui fungsi dan peranan dalam membendung masalah ubat-ubatan tiruan dalam negara. Usaha gigih yang berlandaskan dasar dan operasi merangkumi pelaksanaan sistem regulatori pendaftaran ubat-ubatan yang komprehensif, penguatkuasaan undang-undang yang kukuh, aplikasi teknologi keselamatan melalui penggunaan hologram Meditag™ serta mengadakan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen kesedaran pengguna yang berterusan di seluruh negara. Sebagai alat penting untuk mengesah ketulenan ubat-ubatan, pelaksanaan label keselamatan Meditag™ sejak 2005 telah memberi kesan positif dalam membanteras gejala berkenaan. Kerjasama erat diantara Bahagian Penguatkuasaan Farmasi dengan pihak-pihak lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat nasional dan global telah memainkan peranan dalam kejayaan tersebut.
Pengurniaan anugerah tahunan kali yang ke 15 ini telah meletakkan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM sebaris dengan nama-nama besar dalam bidang penguatkuasaan undang-undang seperti INTERPOL yang turut diberikan anugerah yang sama bagi kategori badan awam antarabangsa. Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus komited dalam melindungi kesihatan rakyat dengan membasmi kewujudan produk ubat-ubatan tiruan di negara ini. Sehubungan ini, saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan dari membeli produk ubat-ubatan yang meragukan.
Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia.
- 3331 bacaan




