Awam

Permohonan Maklumat / Pertanyaan Berkenaan Ubat-Ubatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memajukan permohonan maklumat ubat atau pertanyaan berkaitan ubat-ubatan secara atas talian. Sila rujuk, http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk mengemukakan pertanyaan serta FAQs maklumat ubat untuk maklumat lanjut.

Pengurusan permohonan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh bagi program Ijazah Farmasi dan program Diploma Farmasi dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Lembaga Farmasi Malaysia melakukan penilaian dokumentasi serta lawatan akreditasi ke IPT untuk memastikan pematuhan IPT terhadap Garis Panduan Kelulusan dan Pengiktirafan Program Farmasi demi memastikan kualiti pelajar dan institusi yang menjalankan program ijazah/ diploma farmasi terpelihara.

Bolehkah saya menaja ‘radio show’ untuk mempromosikan produk saya?

Segmen tajaan dalam radio seperti jingle, bual bicara (talk show) atau sesi perkongsian berkenaan produk adalah dibenarkan dan perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, sesi interaksi bersama pendengar adalah tidak dibenarkan. Setiap penyataan/maklumat yang disampaikan perlu mengikut format iklan yang telah diluluskan.

Adakah LIU memantau dan mengawal iklan yang dibuat oleh syarikat jualan langsung?

Tugas pemantauan dan kawalan iklan bagi semua produk kesihatan termasuk produk syarikat jualan langsung dilakukan oleh Seksyen Koordinasi Saringan Iklan Ubat (SKSaIU), Cawangan Kawalan Iklan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi. Proses saringan iklan produk dan perkhidmatan kesihatan merangkumi semua jenis media dan tugas ini juga dibantu oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di setiap negeri. 

Fungsi Lembaga Iklan Ubat hanya memproses permohonan kelulusan iklan daripada semua pemegang pendaftaran produk termasuk syarikat jualan langsung. 
 

 

Bagaimana untuk memastikan sesuatu iklan itu telah diluluskan oleh LIU?

Semua iklan yang telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) akan diberikan nombor kelulusan (cth: KKLIU xxxx/EXP 31.12.2025). Nombor kelulusan iklan tersebut wajib dipamerkan dengan jelas pada setiap iklan yang disiarkan. Sekiranya pengguna mengesyaki terdapat iklan produk farmaseutikal atau iklan perkhidmatan kesihatan yang tidak mendapat kelulusan LIU atau tidak mempamerkan nombor kelulusan LIU, aduan boleh dibuat di Sispaa KKM https://moh.spab.gov.my/.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada aduan telah diterima oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi?

Bahagian ini akan memaklumkan kepada pengadu berkenaan status penerimaan aduan melalui e-mel dalam tempoh 24 jam.

Adakah kelulusan LIU masih diperlukan sekiranya produk farmaseutikal tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Ya, kelulusan LIU masih diperlukan kerana pendaftaran produk dan pengiklanannya adalah dua perkara berbeza. Pendaftaran sesuatu produk bertujuan untuk memastikan kualiti, keselamatan dan efikasi produk tersebut dan adalah di bawah kuasa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah manakala LIU mengawal dari segi aspek pengiklanan produk. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di samping memastikan iklan itu mematuhi keperluan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 dan peraturan-peraturannya.

Pengeluaran “Letter of Good Standing”

Letter of Good Standing” merupakan salah satu dokumen yang diperlukan oleh Ahli Farmasi untuk berdaftar di luar negara. Dokumen ini mengandungi maklumat Ahli Farmasi seperti butir peribadi, latihan provisional/ pupillage, pendaftaran penuh serta kenyataan berhubung status Ahli Farmasi samada “in good standing” atau sebaliknya.

Permohonan untuk “Letter of Good Standing” perlu dibuat kepada:

Setiausaha,
Lembaga Farmasi Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Lot 36, Jalan Universiti,
46200 PETALING JAYA
 

Halaman-halaman