permit

Pengeluaran Permit Import/Eksport Bahan Kimia Terkawal & Mesin Pembuat Ubat di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/Eksport)

Permit ini dikeluarkan kepada pemegang lesen racun jenis A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak atau pemegang lesen racun jenis B yang layak untuk mengimport atau mengeksport bahan kimia prekursor. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui http://epermit.dagangnet.com.

Pengeluaran Permit Eksport Dagangan Strategik di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010

Permit ini dikeluarkan kepada pemegang lesen racun jenis A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak atau pemegang lesen racun jenis B yang layak untuk mengeksport dagangan strategik yang dikawal di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui  http://newsta.dagangnet.com.my/.

 

Pengeluaran Permit Bahan Psikotropik (Methadone/Buprenorphine)

Permit ini dikeluarkan kepada pengamal perubatan berdaftar yang menggunakan Methadone dan/atau Buprenorphine dalam rawatan Terapi Gantian Opioid. Permit ini dikeluarkan oleh  Cawangan Penguatkuasa Farmasi di peringkat negeri.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Laman SPIKES