Staf

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016 ialah pada 1 Disember 2015.

Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Pertama

DUNas dilaksanakan mengikut penggal. DUNas Penggal Pertama bertempoh selama lima tahun dari 2007 hingga 2011. Dasar ini adalah hasil daripada usaha kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta. Perundingan dengan bantuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui bengkel dan mesyuarat bersama semua pihak berkepentingan telah melahirkan dokumen dasar ini pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri Malaysia untuk dijadikan dasar rasmi farmaseutikal kebangsaan.

12th MPS Pharmacy Scientific Conference 2015

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang: http://www.mps.org.my/mpspsc2015

Lokasi/tempat: 
Taylor's University
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 13 November 2015 hingga Ahad, 15 November 2015

Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2015

Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi (KIKF) 2015 bakal berlangsung pada 9 – 12 Ogos 2015 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.

Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai konvensyen ini, sila berhubung dengan urus setia seperti di bawah:

Nama Pegawai

E-mel

No. Telefon

En. Muhamad Azlan b Bashirun

Lokasi/tempat: 
The Everly Hotel, Putrajaya
Tarikh aktiviti: 
Ahad, 9 Ogos 2015 hingga Rabu, 12 Ogos 2015

Ubat-ubatan Tidak Berdaftar Bernilai RM830,663 Dirampas di Seluruh Malaysia Sepanjang Operasi PANGEA VIII 2015

Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan 236 agensi penguatkuasaan lain dari 115 buah negara telah mengambil bahagian dalam satu operasi antarabangsa yang dijalankan dari 9 hingga 16 Jun 2015 untuk menangani rangkaian jenayah di sebalik penjualan ubat-ubatan melalui internet. Hasil operasi tersebut, sebanyak 20.1 juta ubat-ubatan yang dipercayai boleh membahayakan pengguna bernilai kira-kira RM300.9 juta (USD 81.1 million) telah dirampas di seluruh dunia.

Amalan Pembancuhan (Compounding) Baik Edisi-1 2018

Garis panduan ini menerangkan amalan pembancuhan (compounding) sediaan yang perlu dipatuhi bagi tujuan rawatan untuk pesakit tertentu.

Melayu

Halaman-halaman