Staf

Makluman Awal: National Regulatory Conference 2015

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) akan menganjurkan program National Regulatory Conference 2015 (NRC 2015) yang akan diadakan  pada 04-06 Ogos 2015 di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk makluman lanjut, sila layari laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaaan (BPFK) di http://www.bpfk.gov.my

Lokasi/tempat: 
One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh aktiviti: 
Selasa, 4 Ogos 2015 hingga Khamis, 6 Ogos 2015

Karnival Sahabat Farmasi 2015 - “Nak Selamat, Gunalah Ubat Berdaftar”

Karnival Sahabat Farmasi 2015 “Nak Selamat, Gunalah Ubat Berdaftar”

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan menganjurkan Karnival Sahabat Farmasi pada 18 April 2015. Karnival ini akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang  di KIP MART Bachang, Melaka.

Lokasi/tempat: 
KIP MART Bachang, Melaka
Tarikh aktiviti: 
Sabtu, 18 April 2015

The Cost of Diabetes Care for Ambulatory Patients in Malaysian Ministry of Health Facilities

Kajian “The Cost of Diabetes Care for Ambulatory Patients in Malaysian Ministry of Health Facilities” adalah lanjutan daripada kajian pola penggunaan ubat dalam rawatan Diabetes Mellitus di Kementerian Kesihatan Malaysia (Drug Utilization in the Treatment of Diabetes Mellitus in the Ministry of Health Facilities, diterbitkan pada tahun 2013). Kajian lanjutan ini bertujuan untuk mengenal pasti kos secara langsung dan tidak langsung yang dibelanjakan dalam rawatan Diabetes Mellitus oleh pesakit ambulatori di fasiliti-fasiliti KKM.

Melayu

Penghantaran Borang Pencalonan Abstrak Projek KIKF2015

Sila layari laman rasmi Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2015 di http://www.pharmacy.gov.my/kikf2015 untuk maklumat lanjut.

Lokasi/tempat: 
www.pharmacy.gov.my/kikf2015
Tarikh aktiviti: 
Ahad, 1 March 2015 hingga Rabu, 1 April 2015

KARNIVAL FARMASI 2014 - " PAKAT MAI KENAI UBAT"

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan akan menganjurkan Karnival Farmasi 2014 dengan tema "Pakat Mai Kenai Ubat" pada 1 November 2014 bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang Kedah. Semua hadirin dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini. Pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pameran ubat-ubatan, cabutan bertuah dan hadiah-hadiah menarik menanti anda!

Lokasi/tempat: 
Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang Kedah
Tarikh aktiviti: 
Sabtu, 1 November 2014

Hari Farmasi Sedunia - 25 September 2014

Bertemakan "ACCESS TO PHARMACISTS IS ACCESS TO HEALTH".

Kenali Ubat Anda: Jom Kenal Ubat

Sebarang pertanyaan mengenai maklumat tentang ubat-ubatan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-6722 (Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan) setiap hari Isnin hingga Jumaat (jam 8.00 pagi - 5.00 petang).

Melayu

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu ditawarkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka seperti sukar mendapat ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu di farmasi yang lama.

Halaman-halaman