Staf

Garispanduan Kempen Go Green - Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik

Garispanduan ini sebagai rujukan untuk kempen Go Green yang dijalankan bagi mewujudkan kesedaran untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dan seterusnya memansuhkan penggunaannya di fasiliti farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Melayu

Bengkel Pemantapan Modul Aktiviti Pencegahan dan Kesedaran Pengguna

Objektif bengkel ini adalah untuk memurnikan modul ceramah yang telah dibangunkan supaya maklumat-maklumat di dalamnya adalah terkini dalam masa yang sama membangunkan modul untuk siaran/temuramah di radio dan televisyen. Seramai 40 pegawai penguatkuasa farmasi dari seluruh negeri telah dicalonkan untuk menghadiri bengkel ini. 

Lokasi/tempat: 
Hotel Royal, Pulau Pinang
Tarikh aktiviti: 
Rabu, 12 Disember 2012 hingga Jumaat, 14 Disember 2012

Farmasi Nuklear

Memberikan khidmat dalam penyediaan sediaan radiofarmaseutikal bagi fasiliti-fasiliti yang memerlukan.

Senarai fasiliti yang menawarkan perkhidmatan:
 
  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Pulau Pinang
  • Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
  • Hospital Umum Sarawak
  • Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah
  • Institut Kanser Negara

Info Pengguna Farmasi

Video ini memberi maklumat tentang beberapa ubat palsu yang dijumpai di pasaran.

Melayu

Farmasi pesakit dalam (Farmasi wad)

Farmasi Bekalan Wad menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan ke wad, klinik dan unit-unit lain dalam hospital melalui sistem unit dos, sistem “top-up” ubat dan bekalan stok tersedia.

 
Bagi pesakit yang telah didiscaj, perkhidmatan pendispensan dan kaunseling disediakan. Ubat psikotropik dan Dadah Berbahaya juga dibekalkan ke wad dan unit kecemasan hospital dari Farmasi Bekalan Wad.
 

Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)

Buku Rawatan Warfarin (2026) ialah panduan ringkas untuk pesakit yang menjalani rawatan warfarin. Ia mengandungi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pesakit seperti fungsi warfarin, interaksi ubat dan makanan serta tanda-tanda kesan sampingan.

Melayu

Halaman-halaman