Staf

Borang Permohonan untuk Permit Membeli dan Mengguna Bahan-Bahan Psikotropik (Methadone dan Buprenorphine)

Borang ini adalah untuk pengamal perubatan berdaftar bagi mengendalikan bahan-bahan psikotropik (Methadone dan/atau Buprenorphine) yang digunakan dalam rawatan Terapi Gantian Dadah Opioid.

Borang ini hanya digunapakai sekiranya Sistem Pengurusan Integrasi Pengawalan Efektif Substan (SPIKES) mengalami gangguan dalam tempoh melebihi 48 jam.

Melayu

Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya

Akta Racun 1952 mengawalselia aktiviti pengimportan, pemilikan, pengilangan, compounding, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang disenaraikan dalam akta.

Melayu

Statistik Pengurusan Farmasi (Kemaskini Jun 2012)

Laporan Statistik Pengurusan Farmasi, BPF KKM kemaskini sehingga Jun 2012

Laporan ini merangkumi data statistik 

1) Kerjaya

2) Modal Insan

3) Komunikasi & Hubungan

Melayu

Malaysia Drug Code

Buku ini diwujudkan sebagai rujukan dan panduan berkenaan Malaysia Drug Code (MDC). MDC adalah kod yang diberikan kepada ubat tertentu untuk tujuan pengenalan ubat. Kod bagi setiap ubat adalah unik dan berfungsi untuk memudahkan pengenalpastian ubat preskripsi dan ubat am (OTC) yang telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah atau telah mendapat kelulusan khas untuk digunakan di Malaysia.

Melayu

Borang Permohonan/Pemulangan Surat Pemberian Kuasa/Kad Penguat Kuasa Farmasi dan Surat Pemberian Kuasa Kebenaran Pengemukaan dan Pemeriksaan Kad Pengenalan

Borang ini digunakan bagi permohonan dan pemulangan Surat Pemberian Kuasa/Kad Penguat Kuasa Farmasi/Surat Pemberian Kuasa Kebenaran Pengemukaan dan Pemeriksaan Kad Pengenalan. Permohonan dan pemulangan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM

Melayu

Borang Permohonan Kebenaran Import 'Test Kit' Yang Mengandungi Dadah Berbahaya/Bahan Psikotropik

Borang permohonan untuk pemegang Lesen A (Borong atau Borong dan Runcit) mengimport 'test kit' yang mengandungi dadah berbahaya/bahan psikotropik.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM.

Melayu

Adakah produk minuman dan makanan kesihatan bertujuan untuk pelangsingan badan berdaftar dengan KKM?

Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM.

Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, hubungi BKKM di 03-8885 0797. Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.

Borang Permohonan Kebenaran Eksport Persediaan Mengandungi Dextromethorphan

Borang permohonan untuk pemegang Lesen A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak untuk mengeksport persediaan yang mengandungi Dextromethorphan yang berbentuk pepejal sahaja (Contoh: Tablet/ Kapsul/ dll).

Borang yang telah lengkap (termasuk lampiran yang diperlukan seperti yang tersenarai di dalam Borang Permohonan) hendaklah dihantar ke:

Bahagian Penguatkuasa Farmasi,

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Lot 36, Jalan Universiti,

46350 Petaling Jaya Selangor.

Melayu

Adakah kosmetik di Malaysia mendapat pengesahan status halal

Penggunaan Logo halal adalah dibolehkan untuk produk kosmetik, dengan syarat mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jakim. Walau bagaimanapun, Penggunaan logo halal ini bergantung kepada permohonan sijil oleh pihak pengilang/pengedar dan bukan merupakan keperluan mandatori.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kosmetik, layari laman web NPRA www.npra.gov.my, klik kosmetik untuk memuatturun garis panduan berkaitan notifikasi produk kosmetik.

Halaman-halaman