Penguatkuasaan Farmasi

Pindaan Pada Akta Yang Dikuatkuasakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Pindaan terkini mengikut kronologi bagi Akta-Akta yang dikuatkuasakan :-

a)  Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturannya;

b)  Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturannya;

c)   Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan Peraturan-Peraturannya;

d)   Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.

Melayu

Festival Farmasi "Cakno Ubat Anda"

Festival Farmasi "Cakno Ubat Anda"

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan menganjurkan Festival Farmasi  "Cakno Ubat Anda" bersempena pelancaran album Dikir Farmasi 3 - Cakno Ubat Anda. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti Konsert Dikir Farmasi, pameran dan penerangan ubat-ubatan, pameran Kenali Ubat Anda, buskers farmasi dan banyak lagi. Semua hadirin dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini.

Festival Farmasi "Cakno Ubat Anda"

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan menganjurkan Festival Farmasi  "Cakno Ubat Anda" bersempena pelancaran album Dikir Farmasi 3 - Cakno Ubat Anda. Semua hadirin dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini.

Lokasi/tempat: 
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 14 March 2014 hingga Sabtu, 15 March 2014

Siaran Langsung Dikir Farmasi dalam Rancangan Selamat Pagi 1Malaysia RTM1

Saksikan siaran langsung persembahan dikir farmasi "Cakno Ubat Anda" oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia di RTM 1 pada 9 Mac 2014 jam 8.00 pagi. Ini merupakan salah satu daripada initiatif Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam mendidik pengguna menggunakan ubat-ubatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Lokasi/tempat: 
Siaran langsung jam 8.00 pagi
Tarikh aktiviti: 
Ahad, 9 March 2014

Seminar on Vetting of Medicine Advertisement

Bahagian Perkhidmatan Farmasi bersama Persatuan Farmasi Malaysia menjemput anda untuk menyertai 'Seminar on Vetting of Medicine Advertisement' pada 29 Oktober 2013 (sesi iklan perkhidmatan kesihatan) dan 3 Disember 2013 (sesi iklan produk perubatan) di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya.

Sila muat turun borang pendaftaran untuk maklumat lanjut

Halaman-halaman