Penguatkuasaan Farmasi

PENGUMUMAN! NO.KKLIU BAGI IKLAN UBAT YANG BERAKHIR DENGAN TAHUN 2017 TELAH TAMAT TEMPOH PADA 31.12.2019

Sila ambil maklum bahawa No.KKLIU bagi iklan ubat yang berakhir dengan tahun 2017 telah tamat tempoh pada 31.12.2019. Sila semak semua iklan di premis / media anda dan pastikan ia tidak lagi disiarkan.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Sekretariat
Lembaga Iklan Ubat 

Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-7841 3200
Faks: 03-7968 2251/2222

Gong Xi Fa Cai

Lokasi/tempat: 
PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KKM
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 1 Februari 2019 hingga Selasa, 19 Februari 2019

PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FI BAGI BAHAN PSIKOTROPIK

Pengumuman Berkaitan Pindaan Fi (Fee) bagi

1. Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan

1. Kebenaran Import/ Eksport Bagi Bahan Psikotropik, dan

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

PENGUMUMAN! PENETAPAN FI BARU BAGI KELULUSAN LEMBAGA IKLAN UBAT

Pengumuman berkaitan pindaan fi permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat 

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976 (Pindaan) 2018 iaitu:

8.       (3). Setiap permohonan untuk mendapatkan kelulusan iklan hendaklah disertakan dengan fi sebanyak tiga ratus ringgit

PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FEE LESEN/ PERMIT

Pengumuman berkaitan pindaan fee lesen/ permit 

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan lesen dan permit perlu disertakan dengan kadar fee baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

I)  Di bawah Peraturan 28 Peraturan-Peraturan Racun (Pindaan) 2018 iaitu :

    28. (1) An Application for a licence under the Act shall be accompanied by the following fees:

                a. RM 300.00 for Type A licence

Panduan Permohonan Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik dan Dadah Berbahaya

Panduan ini disediakan kepada pemohon yang ingin membuat permohonan Kebenaran Import / Eksport Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik (Import/ Export Authorization of Dangerous Drugs and Psychotropic Substances) yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Panduan ini menerangkan syarat-syarat pemohon dan permohonan, serta menjelaskan tatacara permohonan.

Melayu

Pengumuman Mengenai: Pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin)

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 Mac 2018, setiap pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin) memerlukan kelulusan Permit Import (e-Permit) di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

Halaman-halaman