Penguatkuasaan Farmasi

Panduan Umum Permohonan Anggaran Keperluan Tahunan (Kuota) bagi Dadah Berbahaya, Bahan Psikotropik dan Prekursor

Panduan umum ini adalah terpakai bagi syarikat yang memohon Anggaran Keperluan Tahunan (Kuota) bagi Dadah Berbahaya, Bahan Psikotropik dan Prekursor (tahunan dan juga tambahan) yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Panduan ini menerangkan proses permohonan, syarat-syarat pemohon dan permohonan, serta borang-borang yang perlu dilengkapkan. 

 

Melayu

Borang Lantikan Pengedar Bagi Bahan Terkawal

Borang ini digunapakai bagi permohonan untuk:

i. Product Registration Holder melantik pengedar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

ii. Pengedar di Semenanjung melantik pengedar di Sabah dan Sarawak sekiranya Product Registration Holder tidak melantik pengedar di Sabah dan Sarawak

bagi produk terkawal (Alprazolam, Buprenorphine, Codeine, Dextromethorphan, Diazepam, Dihydrocodeine, Ephedrine, Methadone, Methylphenidate, Midazolam, Pethidine, Phentermine, Pseudoephedrine, Zolpidem, Zopiclone).

Melayu

Borang Permohonan Permit Membeli Dan Menggunakan Bahan Psikotropik Untuk Kegunaan Pengurusan Hidupan Liar

Borang permohonan yang dilampirkan adalah terpakai untuk permohonan membeli dan menggunakan Bahan Psikotropik selain daripada Methadone dan Buprenorphine untuk kegunaan pengurusan hidupan liar.

Borang ini harus dikemukakan kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi negeri yang berkenaan.

Melayu

Syarat Permohonan Kelulusan Iklan oleh Lembaga Iklan Ubat

PEMBERITAHUAN:

1. Sila pastikan format iklan yang dikemukakan adalah

  • JELAS dan TERANG dan
  • Mempunyai RUANG KOSONG sekurang-kurangnya 5cm di bahagian bawah format untuk tandatangan Setiausaha LIU

2. Pihak Sekretariat LIU berhak MENOLAK permohonan tuan/puan sekiranya format yang dikemukakan tidak mematuhi keperluan seperti yang dinyatakan di atas. 

3. Arahan ini berkuatkuasa 1 November 2016.

GARIS PANDUAN PENJUALAN PRODUK FARMASEUTIKAL BUKAN RACUN SECARA DALAM TALIAN

PENGENALAN

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan keperluan asas dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjalankan penjualan produk farmaseutikal bukan racun secara runcit dalam talian bagi memastikan keselamatan orang awam.

 OBJEKTIF

Objektif  garis panduan ini adalah untuk memberikan panduan mengenai keperluan asas penjualan produk farmaseutikal bukan racun secara dalam talian dan peraturan-peraturan penjualan yang perlu dipatuhi. 

SKOP

Melayu

Pertandingan Mencipta Logo Lembaga Iklan Ubat

NOTA KEPADA PESERTA:

1. Penyertaan dibuka kepada semua ahli farmasi berdaftar.

2. Logo hendaklah melambangkan fungsi LIU dalam melaksanakan tugas iaitu:

  • Memberi kelulusan untuk permohonan iklan.
  • Menilai, mengubah polisi dan garispanduan mengikut keperluan
  • Membatalkan / menarik balik kelulusan yang telah diberikan

3. Semua penyertaan / pertanyaan hendaklah diemel kepada: lembaga.iklan.ubat@gmail.com

Karnival Farmasi 2016 Bersama Pengusaha Produk Tradisional Langkawi

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan menganjurkan Karnival Farmasi 2016 Bersama Pengusaha- pengusaha Produk Tradisional Langkawi dengan tema "Keselamatan Pengguna Tanggungjawab Bersama" pada 28 Julai 2016 bertempat di Kompleks Perniagaan HIG, Langkawi.

Objektif penganjuran karnival ini adalah untuk:

Lokasi/tempat: 
Kompleks Perniagaan HIG, Kuah, Langkawi
Tarikh aktiviti: 
Khamis, 28 Julai 2016

Slide Pembentangan Penerangan Rang Undang-Undang Farmasi 2016

Slide Pembentangan Penerangan Rang Undang-Undang Farmasi 2016

Slide penerangan mengenai Rang Undang-Undang Farmasi ini telah dibentangkan di MPS 49th AGM Seminar yang berlangsung pada 27 Mei 2016 di Holiday Villa, Subang Jaya.

Pengumuman Mengenai Pengimportan & Pengeksportan Alpha-Phenylacetoacetonitrile (APAAN), Pengimportan Fosforus dan Pengimportan Nikotin

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 Jun 2016, setiap :

  1. pengimportan & pengeksportan Alpha-Phenylacetoacetonitrile (APAAN),
  2. pengimportan Fosforus dan
  3. pengimportan Nikotin
     

memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport- APAAN sahaja).

Halaman-halaman