Penguatkuasaan Farmasi

Pengeluaran Kebenaran Eksport Persediaan Mengandungi Dextromethorphan

dxm liquid

Kebenaran ini diberikan kepada pemegang lesen racun A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak untuk mengeksport persediaan yang mengandungi Dextromethorphan.

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Kebenaran Eksport Persediaan Mengandungi Dextromethorphan.

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM.

Pengeluaran Lesen Borong Dadah Berbahaya

Lesen ini dikeluarkan kepada pemegang lesen racun jenis  A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak untuk menjalankan transaksi jualan dadah berbahaya secara borong.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui http://www.myspikes.gov.my

Pengeluaran Kebenaran Import/Eksport Dadah Berbahaya/Bahan Psikotropik

Kebenaran ini dikeluarkan kepada pemegang lesen racun jenis A yang layak untuk mengimport atau mengeksport dadah berbahaya atau bahan psikotropik. 

Panduan Permohonan Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik dan Dadah Berbahaya disediakan kepada pemohon yang ingin membuat permohonan Kebenaran Import / Eksport Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik (Import/ Export Authorization of Dangerous Drugs and Psychotropic Substances) yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Pengeluaran Permit Import/Eksport Bahan Kimia Terkawal & Mesin Pembuat Ubat di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/Eksport)

Permit ini dikeluarkan kepada pemegang lesen racun jenis A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak atau pemegang lesen racun jenis B yang layak untuk mengimport atau mengeksport bahan kimia prekursor. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui http://epermit.dagangnet.com.

Pengeluaran Permit Eksport Dagangan Strategik di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010

Permit ini dikeluarkan kepada pemegang lesen racun jenis A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak atau pemegang lesen racun jenis B yang layak untuk mengeksport dagangan strategik yang dikawal di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui  http://newsta.dagangnet.com.my/.

 

Pengeluaran Permit Bahan Psikotropik (Methadone/Buprenorphine)

Permit ini dikeluarkan kepada pengamal perubatan berdaftar yang menggunakan Methadone dan/atau Buprenorphine dalam rawatan Terapi Gantian Opioid. Permit ini dikeluarkan oleh  Cawangan Penguatkuasa Farmasi di peringkat negeri.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Laman SPIKES

 

 

Halaman-halaman