IMPACT OF POOLED PROCUREMENT ON MEDICINES PRICING IN THE PUBLIC SECTOR 2024

Laporan ini merupakan kajian retrospektif terhadap impak pelaksanaan perolehan bersama terhadap harga ubat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan 82 jenis ubat, melalui kontrak yang dimeterai dua tahun sebelum (2018-2020) dan dua tahun selepas pelaksanaan (2020–2022) perolehan bersama.

Hasil analisis menunjukkan anggaran penjimatan sebanyak RM179.6 juta (17.7%) daripada jumlah perolehan keseluruhan RM1.01 bilion. Penjimatan tertinggi dicapai oleh KKM sebagai penyedia utama perkhidmatan kesihatan awam. MINDEF dan KPT turut mencatatkan penjimatan kos ketara melalui pelbagai faktor seperti strategi pertukaran ubat inovator kepada generik, penggunaan ubat generik serta pelaksanaan perolehan yang strategik. Antara  faktor yang menyumbang kepada penjimatan kos adalah penglibatan antara kementerian, jenama produk, kuantiti pembelian, pertukaran jenama, pemegang pendaftaran produk tunggal, bilangan pembida, rundingan harga, product origin dan tiered pricing.

Hasil kajian menunjukkan penjimatan ketara dalam harga ubat melalui perolehan bersama, dan menyokong kerjasama antara kementerian sebagai strategi mempertingkat kecekapan pembelanjaan kesihatan awam.

Flipbook laporan ini juga boleh didapati melalui pautan berikut: 

https://online.fliphtml5.com/jnglw/zsba/#p=1

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan