- Garis Panduan Latihan Sangkutan Pegawai Farmasi, Lantikan Preseptor dan Pusat Latihan dalam Bidang Pengkhususan Farmasi Klinikal atau Farmasi Klinikal dan Teknikal (Edisi 2025)
- PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN (TAHUN 2027) LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
- Carta Organisasi
- Nicotine Dependence Management Pharmacy Service Protocol (NDMaPS) Edisi Ketiga 2026
- Borang Permohonan Lesen Borong Dadah Berbahaya
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Tip Pembelian Pensanitasi Tangan (Hand Sanitizer)
Mungkin ramai yang sedang mencari hand sanitizer masa musim Covid-19 sekarang. Berhati-hati apabila membeli terutamanya pembelian secara online.
Pembelian dari sumber tidak sah mungkin anda mendapat produk tiruan yang tidak berkesan untuk tujuan sanitasi atau menyahkuman. Elakkan membeli hand sanitizer daripada sumber yang diragui seperti media sosial dan platform e-dagang.
Peniaga pula dinasihatkan agar jangan ambil kesempatan menjual produk tidak berdaftar atau tidak bernotifikasi dan membuat pelbagai tuntutan pencegahan terhadap penyakit-penyakit termasuklah Covid-19. Penjualan ubat tidak berdaftar atau kosmetik tidak bernotifikasi adalah satu kesalahan dan jika sabit dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM 25,000 dan/atau penjara tidak melebihi 3 tahun.
Kami ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan tersebut. Semak dahulu sebelum klik:
1) No. notifikasi kosmetik (bagi hand sanitizer) atau
2) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram (bagi disinfectant)
Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple Store.
- 21794 bacaan




