Awam

Pemakluman Kontrak Pembekalan Label Keselamatan Dan Pengurusan Sistem Penjejakan Dan Pengesanan (Pharmaceutical Track & Trace System - PTTS) Produk-Produk Farmaseutikal Yang Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kontrak pembekalan label keselamatan hologram bagi produk berdaftar oleh syarikat Techno Secure Print Sdn Bhd tamat tempoh pada 30 September 2025.

Kontrak baharu untuk Pembekalan Label Keselamatan Dan Pengurusan Sistem Penjejakan Dan Pengesanan (Pharmaceutical Track & Trace System - PTTS) Produk-Produk Farmaseutikal Yang Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dilaksanakan oleh syarikat Netsmart Sdn Bhd, berkuatkuasa pada 1 Oktober 2025 untuk tempoh enam (6) tahun.

HEBAHAN SESI KONSULTASI BAGI PENGEMASKINIAN GARIS PANDUAN NATIONAL ANTIMICROBIAL GUIDELINE, 4TH EDITION"

Tujuan pelaksanaan konsultasi ini adalah untuk mendapatkan pandangan ahli profesional kesihatan terhadap garis panduan National Antimicrobial Guideline (NAG) yang telah dikemaskini kepada edisi keempat. NAG merupakan garis panduan yang penting dalam memastikan penggunaan antimikrob yang sesuai dalam rawatan penyakit berjangkit dan seterusnya mengawal kerintangan terhadap antimikrob.

Oleh itu, garis panduan ini telah dikemaskini untuk memastikan rawatan antimikrob yang disarankan adalah berasaskan bukti data klinikal terkini dan bersesuaian dengan situasi semasa.

Jemputan Sesi Penerangan Mekanisme Harga Ubat dan Kajian Cost Benefit Analysis (CBA)

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan sesi penerangan secara atas talian berkaitan status terkini Mekanisme Harga Ubat dan kajian Cost Benefit Analysis (CBA) bagi impak pelaksanaannya terhadap pihak berkepentingan.

Jemputan sesi penerangan ini adalah terbuka kepada semua pihak yang berkaitan mengikut 3 kumpulan pihak berkepentingan seperti berikut:

Sesi/Kumpulan

Tarikh

Lokasi/tempat: 
Atas Talian
Tarikh aktiviti: 
Isnin, 4 Januari 2021 hingga Rabu, 6 Januari 2021

COVID-19 Pandemic in Malaysia: The Journey

Pada tahun 2020, kehidupan seharian kita mengalami perubahan yang ketara berikutan pandemik COVID-19 dan banyak aspek di dalam perkhidmatan farmasi terpaksa diselaraskan semula untuk mematuhi norma-norma baru.

Melayu

MAKLUMAN BERKAITAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM UNTUK PRODUK BERDAFTAR

MAKLUMAN BERKAITAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM UNTUK PRODUK BERDAFTAR

Untuk makluman pihak industri, kontrak pembekalan label keselamatan hologram bagi produk berdaftar oleh Syarikat Mediharta Sdn Bhd akan tamat pada 31 Ogos 2019. Kontrak Pembekalan label keselamatan hologram baru akan dilaksanakan oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn Bhd yang akan memulakan operasi pada 1 September 2019.

Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian

Kempen Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian diteruskan bagi tahun 2021 bagi memberikan maklumat kepada pengguna berhubung pembelian ubat-ubatan yang selamat dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keutamaan Penyelidikan Farmasi di Malaysia (Edisi Kedua)

Keutamaan Penyelidikan Farmasi di Malaysia (Pharmacy Research Priorities in Malaysia-PRPM) diterbitkan untuk memberi panduan kepada aktiviti penyelidikan farmasi ke arah penjanaan bukti yang relevan dengan keutamaan kesihatan negara. Penetapan bidang-bidang keutamaan bagi penyelidikan farmasi adalah amat penting untuk penyelarasan aktiviti penyelidikan, merapatkan jurang pengetahuan, memaksimumkan penggunaan sumber dan menyokong pembangunan polisi kesihatan yang baru. Dokumen PRPM Edisi Pertama telah diterbitkan pada tahun 2018.

Melayu

Halaman-halaman