Staf

Kenyataan Akhbar Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar 'Majun Dua Istimewa'

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama 'MAJUN DUA ISTIMEWA'.

Ulasan Laporan "Melecur Disapu Krim Kurus"

Laporan akhbar yang dinyatakan di dalam akhbar berbahasa Melayu seperti di atas melaporkan berkenaan produk krim panas yang digunakan untuk tujuan menguruskan badan oleh seorang wanita tetapi disalah guna oleh anak-anaknya. Di dalam kejadian itu, bahagian belakang anaknya yang berusia dua tahun telah disapu dengan krim tersebut oleh abangnya yang berusia lima tahun dan akibatnya bahagian belakang kanak-kanak tersebut didakwa melecur dan menjadi kemerah-merahan yang berlarutan selama empat jam.

Pengguna Dinasihatkan Untuk Mengelakkan Dari Mengguna Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut:

Bil.Nama ProdukNombor NotifikasiRacun Berjadual Yang DikesanNama Pemegang NotifikasiNama Pengilang
1.

Aveana Night Revival Cream

NOT110404581KTretinoin

Owi Lab (M) Sdn. Bhd.

Berhati-Hati Dengan Pembelian Ubat-Ubatan Melalui Internet

Berhati-hati jika membeli produk ubat-ubatan atau makanan kesihatan melalui Internet. Semak dan periksa status penjual dan produk yang dijual sebelum membuat apa-apa pembelian. Pastikan produk ubat-ubatan yang dijual telah mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk makanan tidak sepatutnya mempunyai tuntutan perubatan seolah-olah ianya ubat. Produk yang tidak dapat disahkan statusnya adalah diragui dari segi mutu, keselamatan dan keberkesanannya. 

Hologram Meditag Baru

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berusaha untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk ubat tradisional dan suplemen kesihatan yang dijual di Malaysia berkualiti, berkesan dan selamat untuk digunakan. Semua produk farmaseutikal yang ingin dijual di Malaysia perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar "Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang"

1.         Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama ‘MAAJUN KUAT KHASIAT SAKIT PINGGANG’.

Amaran Penggunaan Produk Ubat Tradisional yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Orang awam dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk ubat tradisional berikut: 

Ulasan Laporan "Johnson & Johnson's Licence For Cosmetics Cancelled - 15 Batches Of Baby Powder Produced In 2007 Were Found To Be Sterilised By Ethylene Oxide, A Known Carcinogenic"

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah memetik laporan akhbar Mumbai Mirror bertarikh 28 April 2013 berkenaan produk bedak bayi keluaran syarikat Johnson & Johnson, India yang disteril menggunakan ethylene oxide iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan barah (karsinogen). Laporan dikeluarkan susulan kepada tindakan Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat Negara India yang telah membatalkan lesen syarikat Johnson & Johnson, India untuk mengilang produk kosmetik di tapak pengilangan Mulund di India.

Halaman-halaman