Penguatkuasaan Farmasi

Tindakan Penguatkuasaan

Program Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi begitu komited dalam membanteras penjualan dan pengiklanan ubat tidak berdaftar dalam talian. Selain daripada Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklanni! secara berterusan, pihak kami akan terus memantau iklan ubat dalam pelbagai platform di media baharu.

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Borang Permohonan Pembatalan Lesen/Permit

Borang permohonan yang dilampirkan adalah terpakai untuk pemegang lesen/permit di bawah Akta Racun 1952 yang memohon untuk membatalkan lesen/permit.

Borang ini harus dikemukakan kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi negeri yang berkenaan dan lesen/permit asal perlu disertakan bersama dengan borang permohonan ini.

Melayu

Ubat-ubatan Tidak Berdaftar Bernilai RM830,663 Dirampas di Seluruh Malaysia Sepanjang Operasi PANGEA VIII 2015

Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan 236 agensi penguatkuasaan lain dari 115 buah negara telah mengambil bahagian dalam satu operasi antarabangsa yang dijalankan dari 9 hingga 16 Jun 2015 untuk menangani rangkaian jenayah di sebalik penjualan ubat-ubatan melalui internet. Hasil operasi tersebut, sebanyak 20.1 juta ubat-ubatan yang dipercayai boleh membahayakan pengguna bernilai kira-kira RM300.9 juta (USD 81.1 million) telah dirampas di seluruh dunia.

Amalan Pembancuhan (Compounding) Baik Edisi-1 2018

Garis panduan ini menerangkan amalan pembancuhan (compounding) sediaan yang perlu dipatuhi bagi tujuan rawatan untuk pesakit tertentu.

Melayu

Halaman-halaman