Garis Panduan Permohonan Ubat Kelulusan Khas (UKK) bagi Fasiliti-fasiliti KKM

GP UKK

Garis Panduan Permohonan Ubat Kelulusan Khas (UKK) bagi Fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan memberikan panduan kepada fasiliti-fasiliti KKM dalam mengemukakan permohonan UKK bagi pesakit yang dirawat di fasiliti KKM.

Permohonan UKK bertujuan untuk mendapatkan akses kepada ubat-ubatan yang tidak tersenarai dalam Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM), digunakan di luar indikasi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan/atau FUKKM, serta ubat-ubatan yang tidak berdaftar dengan PBKD di Malaysia. Garis panduan bagi tujuan ini pertama kali diedarkan pada tahun 2016.

Maklumat baru berkenaan tatacara permohonan telah dikemaskini selaras dengan peralihan proses permohonan UKK menerusi Pharmacy Information System (PhIS). 

Garis Panduan Permohonan Ubat Kelulusan Khas (UKK) bagi Fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diterbitkan dalam format aplikasi laman sesawang dan boleh dicapai melalui pautan https://pharmacy.moh.gov.my/gppukk.

Kategori dokumen: 
Garis Panduan