Pelan Strategik Program Perkhidmatan Farmasi

Pelan Strategik Program Perkhidmatan Farmasi merupakan dokumen halatuju strategik Program Farmasi di Malaysia dengan merangkumi empat (4) bidang utama seperti berikut:

  1. Mengukuhkan tadbir urus Program Farmasi
  2. Meningkatkan penyampaian perkhidmatan farmasi melalui perkembangan inovasi dan teknologi
  3. Memperkukuhkan kemahiran, kepakaran dan modal insan
  4. Mempertingkatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan dan memperkasakan masyarakat terhadap penggunaan ubat-ubatan berkualiti

Dokumen ini mencatatkan strategi-strategi yang dirancangkan berdasarkan Rancangan Malaysia, Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan, Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dasar Ubat Nasional. Selaras dengan rancangan-rancangan kesihatan kebangsaan, dokumen ini merupakan rujukan kepada semua yang terlibat dalam bidang farmaseutikal dalam menyelaraskan matlamat ke arah pencapaian hasil kesihatan yang lebih baik.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan