Pengumuman

LANJUTAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) ini memaklumkan bahawa kontrak pembekalan label keselamatan hologram oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd. telah dilanjutkan selama 6 bulan berkuatkuasa pada 1 Januari 2024 sehingga 30 Jun 2024. 

NAK TAHU HARGA UBAT ANDA?

SEMAK DAN BANDINGKAN HARGA UBAT

 

Kempen Jauhi Ubat Kuat Tidak Berdaftar

Kempen JAUHI UBAT KUAT TIDAK BERDAFTAR dijalankan pada tahun 2023 bagi meningkatkan kesedaran pemegang taruh dan orang awam berhubung bahaya penggunaan ubat perangsang seks (ubat ku

HARGA PANDUAN PENGGUNA

Permohonan Baharu & Pengekalan Pengiktirafan Credentialing Program Perkhidmatan Farmasi

Tarikh Aktiviti: 1 September 2023 hingga 31 September 2023

Lokasi/ Tempat: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi

Sila klik di sini untuk ke paparan Aktiviti Credentialing Program Perkhidmatan Farmasi  
 

Sekretariat Credentialing Program Perkhidmatan Farmasi KKM,

AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 2023

Pada 1 Mac 2023 sehingga 3 Mac 2023, Program Perkhidmatan Farmasi Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (PPF IPKKM) telah menjalani audit pensijilan semula MS ISO 9001:2015 bersama SIRIM QAS Sdn. Bhd. Juru audit yang terlibat adalah Encik Mohd Izhar bin Mohd Zain dan Matron Kamilah binti Abu Shah.

Secara keseluruhan, tahap pematuhan PPF IPKKM terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 adalah baik dengan sedikit penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada pelanggan terutamanya rakyat Malaysia.

Pengumuman: Penggunaan Nombor Siri KKLIU Baharu

Aktiviti Penyelenggaraan Sistem Program My.Pharma-C

Adalah dimaklumkan, terdapat gangguan sistem di Sistem My.Pharma-C bermula dari tarikh 28 November 2022. Sistem My.Pharma-C tidak dapat dicapai sepanjang tempoh penyelengaraan tersebut. Jangkaan pulih sepenuhnya akan dimaklumkan secepat mungkin.

Sekian, harap maklum.

Kemaskini 01 Dec 2022: Penyelengaraan Sistem My.Pharma-C telah siap pada 30 November 2022. 

Halaman-halaman