Awam

49TH MPS SEMINAR 2016: Empowering Professionalism

Kepada yang berminat, sila muat turun borang pendaftaran dan hantarkan kepada:

Malaysian Pharmaceutical Society
16-2, Jalan OP 1/5, 1-Puchong Business Park
Off Jalan Puchong, 47160 Puchong, Selangor

Lokasi/tempat: 
Holiday Villa Hotel, Subang Jaya
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 27 Mei 2016 hingga Ahad, 29 Mei 2016

Pencapaian Piagam Pelanggan 2015

Tempoh Pencapaian: Januari - Disember 2015

Pindaan Tarikh Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi Jun 2016

Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi Jun 2016 yang telah dijadualkan pada 1 Jun 2016 akan ditunda kepada 8 Jun 2016 seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan

Tarikh Tutup Permohonan

8 Jun 2016 (Rabu)

29 April 2016

1st Kelantan Renal Pharmacy Seminar 2016

Sila muat turun tentatif program dan borang pendaftaran seperti dilampirkan di bawah.

Lokasi/tempat: 
Hotel Perdana Kota Bharu
Tarikh aktiviti: 
Ahad, 29 Mei 2016 hingga Isnin, 30 Mei 2016

Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Kedua

DUNas Penggal Kedua diterbitkan sebagai edisi semakan DUNas Penggal Pertama. Usahasama melalui bengkel dan mesyuarat yang melibatkan semua pihak berkepentingan telah menghasilkan dokumen dasar penggal baru ini.

Komponen teras dan sokongan dalam dasar penggal pertama telah diatur semula dan hasil daripada semakan tersebut adalah lima komponen utama DUNas Penggal Kedua seperti berikut:

Pelan Tindakan Induk DUNas Penggal Kedua

Pelan tindakan disediakan untuk menjelaskan strategi tentang perancangan dasar. Pelan Tindakan Induk DUNas Penggal Kedua ini dihasilkan berikutan DUNas Penggal Kedua. Dokumen ini mengandungi maklumat terperinci seperti jangka masa implementasi, indikator, sasaran dan pihak berkepentingan yang terlibat untuk setiap aktiviti dan strategi dalam dasar tersebut.

Laporan Prestasi Penggal Pertama DUNas

Laporan prestasi secara berpenggal akan dihasilkan sebagai penilaian terhadap DUNas. Laporan Prestasi Penggal Pertama DUNas melaporkan pencapaian bagi inisiatif yang telah dilaksanakan berdasarkan pelan tindakan DUNas dari tahun 2007 hingga 2011. Laporan ini juga menunjukkan jurang dan cabaran yang dihadapi, serta mengenalpasti hala tuju sektor farmaseutikal sementara memegang teguh kepada objektif dasar ini.

Pembaharuan Sijil Tahunan Ahli Farmasi (AC) bagi tahun 2017

Kesemua Ahli Farmasi Berdaftar boleh mula memohon ARC bagi Tahun 2017 bermula dari 1 Jan 2016 sehingga 31 Dis 2016. Ahli–ahli farmasi digalakan untuk mengumpul mata CPD minimum sebanyak 30 dalam tempoh 1 Januari 2015- 31 Disember 2016

Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan salah satu agensi yang mengeluarkan permit import dan eksport di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967. Jenis komoditi dagangan yang terlibat ialah bahan kimia (Perintah Duti Kastam: Bab 28 dan 29), persediaan farmaseutikal (Perintah Duti Kastam: Bab 30) dan mesin pembuat ubat-ubatan (Perintah Duti Kastam: Bab 84).

Melayu

Halaman-halaman