Penguatkuasaan Farmasi

PERSIDANGAN PENGUATKUASA FARMASI KEBANGSAAN 2015

Lokasi/tempat: 
HOTEL RAMADA PLAZA, MELAKA
Tarikh aktiviti: 
Selasa, 24 November 2015 hingga Khamis, 26 November 2015

Hukuman

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952, individu atau syarikat yang mengilang, menjual, mengedar, mengimport atau menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Jika disabit kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:

Tindakan Penguatkuasaan

Program Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi begitu komited dalam membanteras penjualan dan pengiklanan ubat tidak berdaftar dalam talian. Selain daripada Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklanni! secara berterusan, pihak kami akan terus memantau iklan ubat dalam pelbagai platform di media baharu.

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Borang Permohonan Pembatalan Lesen/Permit

Borang permohonan yang dilampirkan adalah terpakai untuk pemegang lesen/permit di bawah Akta Racun 1952 yang memohon untuk membatalkan lesen/permit.

Borang ini harus dikemukakan kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi negeri yang berkenaan dan lesen/permit asal perlu disertakan bersama dengan borang permohonan ini.

Melayu

Halaman-halaman