Penguatkuasaan Farmasi

Borang Permohonan Pemeriksaan Khas Prekursor

Pemeriksaan khas perlu dijalankan ke atas premis syarikat pengimport sebelum Permit Import Pseudoephedrine/Ephedrine kali pertama bagi setiap tahun dipohon. Permohonan Permit Import tersebut hanya akan diproses sekiranya laporan pemeriksaan premis adalah memuaskan.

Syarikat pengimport hendaklah mengemukakan permohonan pemeriksaan khas kepada Cawangan Penguatkuasa Farmasi di Negeri masing-masing menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Khas Prekursor yang dilampirkan.

Melayu

Soalan Lazim : Kanabis (Cannabis)

  

S1

Apa itu kanabis?

MAKLUMAN PINDAAN GARISPANDUAN & POLISI LEMBAGA IKLAN UBAT ( LIU)

MAKLUMAN PINDAAN GARISPANDUAN & POLISI LEMBAGA IKLAN UBAT ( LIU)

TARIKH KUATKUASA PEMAKAIAN : 1 OKTOBER 2019

Mesyuarat LIU bil. 2/2019 telah mengadakan mesyuarat pada 12 September 2019 .

MAKLUMAN HARGA LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BARU

HARGA LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN PROGRAM PERHIDMATAN FARMASI (PPF), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERKUATKUASA 1 SEPTEMBER 2019.

Pembekalan label keselamatan hologram baru akan dilaksanakan oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn Bhd bermula pada 1 September 2019 dan harga label keselamatan hologram tersebut adalah RM0.064/unit label.

Panduan Kepada Industri Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan

e-Booklet Panduan Kepada Industri Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan ini adalah sebagai komplimentari kepada garis panduan dan akta sedia ada. Ia adalah satu rujukan ringkas yang boleh dirujuk oleh pihak industri yang terlibat dalam pemasaran dan pengiklanan produk kesihatan.

Melayu

Panduan Kepada Pelancong/ Warganegara Malaysia Untuk Membawa Ubat-Ubatan Dari Luar Negara Ke Malaysia

Pelancong atau mana-mana individu yang ingin membawa ubat-ubatan dari luar negara ke Malaysia perlu mematuhi keperluan Akta dan Peraturan seperti yang dinyatakan dalam panduan ini.

Melayu

PANDUAN PERMOHONAN LESEN JENIS A/ B/ E DAN PERMIT NATRIUM HIDROKSIDA/ BAHAN PSIKOTROPIK

Lesen/ permit ini dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952 oleh Cawangan Penguatkuasa Farmasi di peringkat negeri:

Melayu

PENGUMUMAN! NO.KKLIU BAGI IKLAN UBAT YANG BERAKHIR DENGAN TAHUN 2017 TELAH TAMAT TEMPOH PADA 31.12.2019

Sila ambil maklum bahawa No.KKLIU bagi iklan ubat yang berakhir dengan tahun 2017 telah tamat tempoh pada 31.12.2019. Sila semak semua iklan di premis / media anda dan pastikan ia tidak lagi disiarkan.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Sekretariat
Lembaga Iklan Ubat 

Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-7841 3200
Faks: 03-7968 2251/2222

Gong Xi Fa Cai

Lokasi/tempat: 
PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KKM
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 1 Februari 2019 hingga Selasa, 19 Februari 2019

PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FI BAGI BAHAN PSIKOTROPIK

Pengumuman Berkaitan Pindaan Fi (Fee) bagi

1. Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan

1. Kebenaran Import/ Eksport Bagi Bahan Psikotropik, dan

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

Halaman-halaman