Penguatkuasaan Farmasi

Garis Panduan Dan Polisi Lembaga Iklan Ubat (LIU)

Garis panduan ini bertujuan untuk melengkapi peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 (Disemak 1983) dan Peraturan-peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976.

Iklan termasuk sebarang notis, pekeliling, laporan, ulasan, risalah, label, pembalut atau dokumen lain, dan sebarang pengumuman yang dibuat secara lisan atau dengan cara menerbitkan atau mengeluarkan cahaya atau bunyi.

Melainkan pengecualian seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3.0, iklan hanya boleh diumumkan setelah mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Melayu

PENGUMUMAN : IKLAN UBAT / PERKHIDMATAN KESIHATAN YANG AKAN TAMAT TEMPOH SAH PADA TAHUN 2022

Semua kelulusan iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) pada tahun 2019 akan tamat tempoh sahnya pada 31 Disember 2021.


Semua pengiklan, media penyiaran, pemilik premis, pengendali portal @ media sosial ataupun mana-mana pihak lain yang terlibat dengan penyiaran iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan diminta mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan iklan berkaitan tidak lagi disiarkan @ dipamerkan mulai 1 Januari 2022.

PANDUAN PENJUALAN / PEMBEKALAN UBAT MENGANDUNGI RACUN SECARA DALAM TALIAN OLEH AHLI FARMASI BERLESEN

Panduan Penjualan / Pembekalan Ubat Mengandungi Racun Secara Dalam Talian Oleh Ahli Farmasi Berlesen ini boleh diperolehi di SINI.

Label Keselamatan Hologram FarmaTagTM

Label Keselamatan Hologram FarmaTagTM

Garis Panduan Perkhidmatan Penghantaran Ubat Oleh Ahli Farmasi Berlesen Kepada Pesakit

Kaedah yang optimum dan selamat bagi penyerahan ubat oleh seseorang ahli farmasi berlesen kepada pesakit adalah melalui interaksi fizikal secara langsung di premis farmasi dimana penjualan atau pembekalan tersebut berlaku.

 

Melayu

Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia Berhubung Tuntutan Pencegahan Atau Rawatan Covid-19

 

Sehingga kini masih belum ada vaksin Covid-19 yang dibenarkan untuk dijual secara sah di pasaran Malaysia. Berhati-hatilah jika anda menemui atau ditawarkan bekalan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain Kementerian Kesihatan Malaysia kerana vaksin tersebut mungkin adalah palsu, tiruan ataupun datang daripada sumber yang tidak sah.


Jangan dedahkan diri dan keluarga anda dengan risiko pengambilan vaksin yang tidak diketahui status kesahihan dan keselamatannya.

Iklan Ubat Luput

Perhatian kepada pemilik premis/media, sila pastikan iklan ubat yang berada di premis/media anda adalah masih sah.

 

Halaman-halaman