Perkhidmatan

Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Ketiga

DUNas Penggal Ketiga diterbitkan sebagai edisi semakan DUNas Penggal Kedua. Usahasama melalui bengkel dan mesyuarat yang melibatkan semua pihak berkepentingan telah menghasilkan dokumen dasar penggal baru ini. Komponen dari dasar penggal kedua dikekalkan dalam penggal ketiga. Lima (5) komponen tersebut dalam DUNas Penggal Ketiga adalah seperti berikut:

Peluasan/Perkongsian Inisiatif Kualiti Program Perkhidmatan Farmasi

Manual projek-projek Inovasi / KIK Farmasi yang diluluskan untuk peluasan di peringkat program boleh dimuat turun dari pautan di bawah.  Semua projek telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sekiranya mana-mana pihak luar ingin mereplikasi projek yang tersenarai, sila hubungi pihak inovator atau Seksyen Piawai dan Inovasi, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi KKM. 

1. PELUASAN INOVASI FARMASI TAHUN 2019:

     EZ WEIGH oleh Jabatan Farmasi, Hospital Serdang - Manual Produk

 

Badan Profesional Yang Mendaftarkan Ahli Farmasi Di Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh Lembaga Farmasi Malaysia

Mengikut peruntukan subseksyen 6A(7) Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, LFM boleh mengecualikan latihan provisional kepada sesiapa yang memegang kelayakan yang disebut dalam subseksyen 6(1) Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan telah didaftarkan oleh mana-mana badan pendaftaran yang diiktiraf oleh LFM yang bertanggungjawab bagi pendaftaran ahli farmasi.

Penempatan Selepas Tamat Latihan Siswazah Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) di KKM

Pemberitahuan ini bertujuan untuk menjelaskan panduan pelaksanaan urusan penempatan selepas tamat latihan siswazah bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) di Kementerian Kesihatan Malaysia. 
 
Perkara yang berkaitan adalah seperti berikut:

Permohonan Pendaftaran Sementara Ahli Farmasi dengan Lembaga Farmasi Malaysia

Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) ke-114 telah menetapkan kriteria baru bagi pendaftaran sementara dengan LFM. Untuk berdaftar dan mengamal di Malaysia, LFM hanya membenarkan ahli farmasi bukan warganegara yang memenuhi kriteria berikut:

  1. Yang berkahwin dengan warganegara Malaysia

dan mereka perlu memenuhi tiga (3) syarat berikut:

PERMOHONAN SIJIL TAHUNAN AHLI FARMASI

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi sijil tahunan ahli farmasi ditangguhkan buat sementara waktu bermula dari 6 Februari 2017 sehingga 14 Mac 2017. Segala kesulitan amat dikesali. Mohon layari laman web www.pharmacy.gov.my pada  15 Mac 2017 untuk perkembangan yang seterusnya.

Sebarang pertanyaan mohon hubungi :

Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Kedua

DUNas Penggal Kedua diterbitkan sebagai edisi semakan DUNas Penggal Pertama. Usahasama melalui bengkel dan mesyuarat yang melibatkan semua pihak berkepentingan telah menghasilkan dokumen dasar penggal baru ini.

Komponen teras dan sokongan dalam dasar penggal pertama telah diatur semula dan hasil daripada semakan tersebut adalah lima komponen utama DUNas Penggal Kedua seperti berikut:

Pelan Tindakan Induk DUNas Penggal Kedua

Pelan tindakan disediakan untuk menjelaskan strategi tentang perancangan dasar. Pelan Tindakan Induk DUNas Penggal Kedua ini dihasilkan berikutan DUNas Penggal Kedua. Dokumen ini mengandungi maklumat terperinci seperti jangka masa implementasi, indikator, sasaran dan pihak berkepentingan yang terlibat untuk setiap aktiviti dan strategi dalam dasar tersebut.

Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Pertama

DUNas dilaksanakan mengikut penggal. DUNas Penggal Pertama bertempoh selama lima tahun dari 2007 hingga 2011. Dasar ini adalah hasil daripada usaha kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta. Perundingan dengan bantuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui bengkel dan mesyuarat bersama semua pihak berkepentingan telah melahirkan dokumen dasar ini pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri Malaysia untuk dijadikan dasar rasmi farmaseutikal kebangsaan.

Halaman-halaman