Perkhidmatan

Permohonan Maklumat / Pertanyaan Berkenaan Ubat-Ubatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memajukan permohonan maklumat ubat atau pertanyaan berkaitan ubat-ubatan secara atas talian. Sila rujuk, http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk mengemukakan pertanyaan serta FAQs maklumat ubat untuk maklumat lanjut.

Pengurusan permohonan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh bagi program Ijazah Farmasi dan program Diploma Farmasi dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Lembaga Farmasi Malaysia melakukan penilaian dokumentasi serta lawatan akreditasi ke IPT untuk memastikan pematuhan IPT terhadap Garis Panduan Kelulusan dan Pengiktirafan Program Farmasi demi memastikan kualiti pelajar dan institusi yang menjalankan program ijazah/ diploma farmasi terpelihara.

Pengeluaran “Letter of Good Standing”

Letter of Good Standing” merupakan salah satu dokumen yang diperlukan oleh Ahli Farmasi untuk berdaftar di luar negara. Dokumen ini mengandungi maklumat Ahli Farmasi seperti butir peribadi, latihan provisional/ pupillage, pendaftaran penuh serta kenyataan berhubung status Ahli Farmasi samada “in good standing” atau sebaliknya.

Permohonan untuk “Letter of Good Standing” perlu dibuat kepada:

Harga Ubat

Perkhidmatan yang diberikan merangkumi diseminasi informasi berkaitan harga ubat-ubatan terutamanya harga runcit yang dicadangkan (Recommended Retail Prices, RRP)untuk digunakan sebagai rujukan harga semasa pembelian oleh orang ramai di fasiliti swasta. Harga runcit yang dicadangkan ini diperolehi daripada pelaporan secara sukarela oleh pembekal dan pemborong secara tahunan. Paparan ini merangkumi senarai ubat terkawal dan produk OTC (over the counter) yang berdaftar di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)

Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)

Ahli Farmasi Provisional (PRP) hanya dibenarkan menjalani latihan provisional di premis latihan yang tersenarai dalam Jadual Kedua, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951. Premis bagi latihan PRP terbahagi kepada premis latihan di bawah KKM dan Liberalisasi seperti berikut:

Rawatan Terapi Gantian Methadone

Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan methadone adalah salah satu kaedah program “Harm Reduction” untuk pengguna opiat. Program ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan virus bawaan darah (HIV, Hep C, Hep B) yang berpunca daripada perilakuan berisiko tinggi penagihan antaranya berkongsi jarum. RTG methadone adalah pemberian ubat preskripsi (sirap Methadone) di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.

Perkhidmatan Farmasi Klinikal

Perkhidmatan Farmasi Klinikal menawarkan khidmat pemantauan pesakit di dalam wad oleh Pegawai Farmasi. Pemantauan yang dilakukan adalah merangkumi therapeutic drug monitoring, kaunseling ubat-ubatan dan pendispensan ubatan kepada pesakit discaj. Pegawai Farmasi klinikal ditempatkan di wad-wad hospital di mana mereka terlibat dalam ward round  bersama-sama pasukan perubatan yang lain.

Perkhidmatan Farmasi 24 Jam

Memberikan perkhidmatan farmasi 24 jam bagi memenuhi permintaan perkhidmatan farmasi selepas waktu pejabat.

Perkhidmatan farmasi atas panggilan/ atas panggilan di fasiliti.

Senarai fasiliti yang menawarkan perkhidmatan:

Farmasi Bukan Steril

Memberikan perkhidmatan penyediaan ekstemporanus (sediaan bukan steril). 

Perkhidmatan ini adalah bagi memenuhi permintaan untuk jenis ubat-ubatan yang tidak terdapat secara komersial seperti ubat sirap bagi pesakit yang tidak boleh mengambil ubat secara oral dan pesakit kanak-kanak.

Farmasi Sokongan Nutrisi

Memberikan perkhidmatan penyediaan nutrisi parenteral dan admikstura intravena untuk pesakit-pesakit yang memerlukan.

Bekerjasama dengan profesional kesihatan yang lain untuk memberikan regimen sokongan nutrisi yang terbaik kepada pesakit.

 

Senarai fasiliti yang menawarkan perkhidmatan:

1.    Hospital Sultanah Aminah, Johor

Halaman-halaman