Perkhidmatan

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu ditawarkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka seperti sukar mendapat ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu di farmasi yang lama.

Senarai Pegawai Farmasi KKM yang telah Lulus Peperiksaan 'Good Clinical Practice' (GCP)

Good Clinical Practice (GCP) ialah satu piawaian antarabangsa berkenaan etika dan kualiti saintifik dalam mereka bentuk, melaksana, mendokumen dan melaporkan penyelidikan kajian klinikal (clinical trial) yang melibatkan manusia. Pensijilan GCP ialah keperluan yang wajib dimiliki oleh penyelidik yang ingin terlibat dalam penyelidikan kajian klinikal.

Festival Farmasi "Cakno Ubat Anda"

Festival Farmasi "Cakno Ubat Anda"

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan menganjurkan Festival Farmasi  "Cakno Ubat Anda" bersempena pelancaran album Dikir Farmasi 3 - Cakno Ubat Anda. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti Konsert Dikir Farmasi, pameran dan penerangan ubat-ubatan, pameran Kenali Ubat Anda, buskers farmasi dan banyak lagi. Semua hadirin dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini.

Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)

Polisi Perkhidmatan CDR:

Bahagian Perkhidmatan Farmasi , Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan polisi untuk perkhidmatan CDR yang bertujuan untuk melindungi pesakit dan kakitangan dengan menentukan piawaian amalan CDR dari perspektif Pegawai Farmasi. Kesemua polisi ini adalah meliputi penulisan preskripsi, pengendalian dan administrasi ubat sitotoksik mesti dibangunkan oleh pasukan profesional kesihatan dan mematuhi skop perkhidmatan iaitu:

Dasar Ubat Nasional (DUNas)

PENGENALAN

DUNas merupakan satu dokumen rasmi kerajaan Malaysia yang diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 2006. Dasar ini mendefinisikan serta mengutamakan matlamat jangka panjang dan sederhana yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk sektor farmaseutikal di Malaysia. Dasar ini mengenal pasti strategi-strategi utama berdasarkan matlamat tersebut dan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti farmaseutikal mengikut sasaran yang ditetapkan.

Program Kenali Ubat Anda

Aktiviti Penggunaan Ubat Berkualiti bertujuan memastikan pengguna mengambil ubat-ubatan secara rasional.

Aktiviti ini menekankan amalan 5B iaitu:

1. Pengguna Ubat yang Betul

2. Ubat yang Betul

3. Dos yang Betul

4. Cara Pengambilan Ubat yang Betul

5. Masa Pengambilan Ubat yang Betul

Farmasi Nuklear

Memberikan khidmat dalam penyediaan sediaan radiofarmaseutikal bagi fasiliti-fasiliti yang memerlukan.

Senarai fasiliti yang menawarkan perkhidmatan:
 
  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Pulau Pinang
  • Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
  • Hospital Umum Sarawak
  • Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah
  • Institut Kanser Negara

Farmasi pesakit dalam (Farmasi wad)

Farmasi Bekalan Wad menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan ke wad, klinik dan unit-unit lain dalam hospital melalui sistem unit dos, sistem “top-up” ubat dan bekalan stok tersedia.

 
Bagi pesakit yang telah didiscaj, perkhidmatan pendispensan dan kaunseling disediakan. Ubat psikotropik dan Dadah Berbahaya juga dibekalkan ke wad dan unit kecemasan hospital dari Farmasi Bekalan Wad.
 

Perkhidmatan "Home Medication Review" (HMR)

Home Medication Review (HMR) adalah perkhidmatan lawatan ke rumah pesakit yang disertai oleh sebuah pasukan kesihatan, terdiri daripada doktor, pegawai farmasi, jururawat, penolong pegawai perubatan dan lain-lain. Pegawai farmasi akan menilai dari segi kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan mereka, mengenal pasti isu-isu berkaitan regimen ubat-ubatan pesakit (pharmaceutical care issues) dan memperkasakan pengetahuan pesakit dan ahli keluarga terhadap penyakit yang dihadapi.

Terdapat 3 jenis perkhidmatan HMR:

Perkhidmatan Medication Therapy Adherance Clinic (MTAC)

 

Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) telah diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai salah satu komponen farmasi klinikal di dalam penjagaan ambulatori.

Objektif perkhidmatan ini ialah untuk meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan.

Halaman-halaman