Waspada Pembelian Ubat "Online"

Waspada Penjualan Ubat Dalam Talian

Kempen WASPADA! PENJUALAN UBAT DALAM TALIAN diberikan penjenamaan semula pada tahun 2022 bagi mengemaskini dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti kepada masyarakat

Penjualan dalam talian kini menjadi norma kehidupan dan menjadi alternatif utama masyarakat bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki. Selaras dengan perubahan ini, cara mendapatkan pembekalan ubat-ubatan turut mengalami perubahan. Penjualan ubat kini dilakukan melalui... [ Bacaan penuh ]

Risiko pembelian ubat melalui Internet

 

Risiko Penjualan Ubat Secara Dalam Talian

Penjualan ubat secara dalam talian mendedahkan pengguna yang tidak berhati-hati kepada beberapa bahaya dan risiko yang tidak diingini. Ini kerana pengguna sukar untuk menyemak kesahihan penjual serta tidak dapat meneliti ubat tersebut untuk menentukan statusnya sebelum membuat pembelian

Risiko dan bahaya yang mungkin dihadapi adalah seperti berikut:

... [ Bacaan penuh ]

Bagaimana Kenalpasti Iklan Yang Telah Diluluskan?

Semua iklan ubat yang telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat akan diberikan dengan nombor kelulusan (contoh KKLIU 1234/2020). Nombor KKLIU akan dimulai dengan 4 digit mengikut siri dan diakhiri dengan tahun permohonan kelulusan iklan dibuat. Nombor kelulusan perlu dipaparkan pada setiap iklan yang disiarkan dalam mana-mana media penyiaran dan bagi iklan berbentuk audio, hanya memadai menyatakan ‘Iklan ini telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat’. Pengguna juga diminta agar tidak terkeliru di antara nombor pendaftaran MAL dengan nombor siri... [ Bacaan penuh ]

Panduan Pembelian Ubat "Online"

Berikut adalah panduan sekiranya perlu untuk membeli ubat dalam talian:

DAPATKAN nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan.  BELI ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja) dan ada hologram Farmatag. Semak pendaftaran ubat di www.npra.gov.my atau menggunakan aplikasi "NPRA Product Status" yang boleh didapati dari Google Play, App Store dan Huawei App Gallery dan semak ketulenan hologram dengan menggunakan aplikasi FarmaChecker. ELAKKAN membeli ubat daripada laman sosial... [ Bacaan penuh ]

Tip Pembelian Pensanitasi Tangan (Hand Sanitizer)

        

Mungkin ramai yang sedang mencari hand sanitizer masa musim Covid-19 sekarang. Berhati-hati apabila membeli terutamanya pembelian secara online.

Pembelian dari sumber tidak sah mungkin anda mendapat produk tiruan yang tidak berkesan untuk tujuan sanitasi atau menyahkuman. Elakkan membeli hand sanitizer daripada sumber yang diragui seperti media sosial dan platform e-dagang.

Peniaga pula... [ Bacaan penuh ]

Tindakan Penguatkuasaan

Program Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi begitu komited dalam membanteras penjualan dan pengiklanan ubat tidak berdaftar dalam talian. Selain daripada Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklanni! secara berterusan, pihak kami akan terus memantau iklan ubat dalam pelbagai platform di media baharu.

Bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam, penguatkuasaan penjualan secara dalam talian bagi ubat melalui Internet menjadi cabaran besar kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi,... [ Bacaan penuh ]

Hukuman

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952, individu atau syarikat yang mengilang, menjual, mengedar, mengimport atau menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Jika disabit kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:

Individu kesalahan pertama - denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. kesalahan berikutnya - denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Syarikat... [ Bacaan penuh ]

Video

Kempen Waspada Penjualan Ubat Dalam Talian 
Video 1 - Kempen Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian 
Video 2 - Adakah selamat membeli ubat “online” 
Video 3 - Tip pembelian ubat “online” 
Video 4 – Tip Kenali iklan tiada kelulusan 
Video 6 - Menangani penjualan & pengiklanan ubat “online”
Video 5 - Bagaimana menentukan ubat “LULUS KKM”?
Video 7 - Pesanan kepada penjual ubat “online”
Video 8 – Nak beli ubat penyakit kronik “online”?
Video 9 - Iklan ubat kuat di Internet
Video 10 – Nak beli ubat kurus di Internet?
Hendak beli ubat online?  Dengar dulu nasihat dari abang-abang dan kakak-kakak farmasis. Berhati-hati apabila membeli ubat secara dalam talian terutamanya di platform e-dagang dan media sosial. Tanya dahulu kepada abang-abang dan kakak-kakak farmasis. Jadikan kami sebagai ‘Rakan Ubat Anda’ Kepada penjual ubat/produk kesihatan online! Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat: 1. Pastikan produk yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram)  2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU) JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB! Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple AppStore. Selamat Hari Farmasi Sedunia! #biarbetuliklanni! #jualubatberdaftar #KKLIUadabaruOK Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my