Awam

Penilaian Farmakoekonomik

Perkhidmatan farmasi farmakoekonomik bertanggungjawab untuk mengimbangi keperluan pesakit dan juga kemampuan kewangan agar mecapai hasil yang positif.

Ahli farmasi kami menggunakan kaedah saintifik untuk menganggar faedah kos produk farmasi (seberat satu dadah terhadap yang lain atau satu terapi farmaseutikal terhadap yang lain).

Kami menentukan sama ada produk dan rawatan kedua-dua klinikal dan ekonomi pada tahap yang optima.

Perkembangan amalan perolehan dan pengurusan stor institusi KKM

Merancang, menyelaras dan menguruskan perkembangan amalan perolehan dan pengurusan stor di hospital, pejabat kesihatan daerah dan klinik kesihatan kerajaan.

Pengumpulan dan penganalisaan data berkaitan perolehan oleh institusi KKM

Data – data perolehan dikumpul dan dianalisa bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan pengurusan logistik farmaseutikal KKM serta diselaraskan mengikut keperluan Bahagian Kewangan KKM atau lain – lain agensi yang berkaitan.

Pembangunan Fasiliti Bilik Bersih

Bahagian Perkhidmatan Farmasi berperanan memberi khidmat nasihat berkaitan pembangunan fasiliti bilik bersih bagi persediaan bancuhan semula ubat sitotoksik (CDR) & bukan persediaan bancuhan semula ubat sitotoksik (Non-CDR) melibatkan mana-mana projek hospital dalam perancangan untuk dibangunkan bersama agensi kerajaan yang lain seperti Bahagian Perancang & Pembangunan KKM, Bahagian Kejuruteraan KKM, Jabatan Kerja Raya dan pihak pengguna.

Pengelasan Bahan Kimia Baru Sebagai Racun

Bahan kimia baru yang digunakan sebagai bahan aktif dalam penghasilan ubat-ubatan perlu dikelaskan sebagai racun dengan kelulusan daripada Lembaga Racun.

Pengeluaran kelulusan iklan

Iklan ubat dan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang ditawarkan oleh hospital swasta, klinik swasta, klinik radiologi swasta dan makmal perubatan swasta perlu mendapatkan kelulusan iklan daripada Lembaga Iklan Ubat sebelum ia boleh diiklankan

Pengeluaran kad kuasa / kad kuasa memeriksa kad pengenalan (JPN 1/12)

Kad kuasa/kad kuasa memeriksa kad pengenalan (JPN 1/12) ini dikeluarkan khusus untuk Pegawai  Farmasi yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan.

Pengeluaran kebenaran mengimport ubat tidak berdaftar untuk tujuan eksport semula

Kebenaran ini diberi khusus untuk membolehkan pemohon membawa masuk ubat tidak berdaftar untuk tujuan dieksport semula, dimana produk tersebut bukan untuk pasaran tempatan.

Pengeluaran Kebenaran Import 'Test Kit' Yang Mengandungi Dadah Berbahaya/Bahan Psikotropik

Kebenaran ini diberikan kepada pemegang lesen racun jenis  A (Borong atau Borong dan Runcit) untuk mengimport 'test kit' yang mengandungi dadah berbahaya/bahan psikotropik.

Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Kebenaran Import 'Test Kit' yang Mengandungi Dadah Berbahaya/Bahan Psikotropik.

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM.

Pengeluaran Kebenaran Eksport Persediaan Mengandungi Dextromethorphan

dxm liquid

Kebenaran ini diberikan kepada pemegang lesen racun A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak untuk mengeksport persediaan yang mengandungi Dextromethorphan.

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Kebenaran Eksport Persediaan Mengandungi Dextromethorphan.

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM.

Halaman-halaman